Serangan siber di Pusat Perintah AS dianggap serius
Beberapa pegawai pertahanan berkata, serangan itu disasarkan pada komputer di Pusat Perintah AS yang mengawasi situasi di Iraq dan Afghanistan.
Menurutnya, serangan itu melibatkan satu perisian berbahaya dikenali sebagai malware yang boleh menyelinap ke dalam rangkaian komputer.
"Serangan ini mendapat perhatian kami kerana ia menyerang rangkaian komputer yang penting," kata seorang pegawai keselamatan.
Bagaimanapun, para pegawai enggan mendedahkan kerosakan yang dialami.
Sebelum ini Pentagon dan beberapa jabatan kerajaan AS sering menghadapi serangan siber terutama dari Rusia serta China.
Sejak 18 bulan lalu, Rusia dituduh melancarkan beberapa serangan elektronik ke atas Estonia dan Georgia. - Agensi
Sumber : http://www.kosmo.com.my/kos...du_07.htm
Komentar :
Biasanya user biasa jer yang kena malware nih. Tu yang hairan, bagaimana sebuah organisasi besar boleh kena serangan siber nih. Pertahanan luar makin ditingkatkan tapi pertahanan siber pula mereka lupa. Sebab dok asyik teropong orang lain, lupa bahawa diri sendiri sedang diteropong. Hahahaha....
Pegawai AS pun orang biasa gak... mereka nak kalau time2 free tu bukak gak internet dan main game. Download lagu dan software lain... Silap2 terdownload software yang ada malware.... Kui..kui..kui....