Showing posts with label Warisan2u News. Show all posts
Showing posts with label Warisan2u News. Show all posts

Warisan2u.Com Enterprise new blog....

OUR NEW BLOG PAGE

http://warisan2ucomputerservice.blogspot.com/

PLEASE CLICK LINK ABOVE FOR MORE INFORMATIONS...

THANK YOU FOR SUPPORTING US

0 comments  

Warisan2u VIP card....


Dapatkan kad VIP Warisan2u secara percuma apabila anda servis / format komputer anda disini. Tawaran ini sah sehingga 31 / 12 / 2009.

Selepas 31/12/2009, untuk memohon kad VIP Warisan2u, bayaran dikenakan sebanyak RM10.00 setahun. Dengan kad VIP Warisan2u, anda layak untuk mendapat potongan caj format komputer sehingga 30%. Daftarlah sekarang…..

0 comments  

Sunyi tapi busy gak...

Sunyi la skit sebab student UMS dah cuti. Tapi masih ada lagi yang tak balik sebab kena siapkan tesis dan projek last semester. WAlaupun sunyi tapi kami di Warisan2u.Com tetap sibuk jugak. Masih banyak PC dan laptop yang perlu diservis.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Kepercayaan yang diberikan kepada kami tak adakn kamu lupakan. Kami berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami agar anda semua puas hati dan selesa dengan kami.

0 comments  

Acer Aspire 4530 webcan problem...

Laptop ini selalu bermasalah dengan webcamnya. Saya masih mencari cara-cara penyelesaiannya tapi agak hampa kerana setiap penyelesaian yang dilakukan hanya sementara sahaja.

Biasanya jika webcam "blank" saya akan uninstall driver dan softwarenya kemudian restart dan install balik software serta driver semula. Cara ini bolah dikatakan menjadi tapi selepas beberapa ketika ianya "blank" semula...

Maybe someone can fix these problem...

0 comments  

GABEM - Gagasan Badan Ekonomi Melayu...



Dah siap projek dengan GABEM Sabah nih. Kalau kat sabah, GABEM ni untuk Gagasan Badan Ekonomi Masyarakat Bumiputera Sabah. Kami ditugaskan untuk membuat design Banner, Banting, Slideshow dan juga design Backdrop untuk Majlis Pelancaran & Konvensyen GABEM Sabah pasa 12 & 13 Mac 2009.

Pagi tadi masa on da way hantar anak2 ke sekolah, dah nampak banting-banting yang digantung di sepanjang jalan teluk likas ke Yayasan Sabah.

0 comments  

Januari - Musim sibuk di Warisan2u.Com...










Apabila pelajar UMS dan POLITEKNIK kembali dari cuti dan memulakan semester baru, kami di Warisan2u.Com mulalah sibuk. Banyak PC dan laptop yang dihantar untuk diservis. Inillah masa yang betul2 sibuk.

0 comments  

Ronda-Ronda Di PC Fair...










Pada 7 Disember 2008, geng2 Warisan2u.Com pergi ronda2 di PIKOM PC Fair di Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Tengok pemeran dan jualan komputer serta aksesori komputer. Tak ada yang menarik. Harga pun lebih kurang jer.

Kami pusing 2 kali lepas kami keluar. tak berapa menarik PC Fair kali ini. Banyak jualan laptop dan printer. Orang ramai datang pada hari terakhir ni.

0 comments  

Preventive Maintenance dah siap....

Kerja-kerja penyelenggaraan PC di UiTM sudah habis tapi tak semua yang dapat dibuat disebabkan ketiadaan pegawai atau pensyarah di bilik-bilik yang mana PC tersebut ditempatkan. Inilah masalah yang selalu dihadapi oleh juruteknik komputer kami.

Sekarang ini, borang-borang yang telah siap di isi sedang disemak dan diproses untuk tuntutan pembayaran.

PC yang belum diselenggarakan perlu di jadualkan balik pemeriksaannya dalam masa terdekat. Laporan sudah dihantar kepada wakil EDARAN Sabah.

0 comments  

PC Preventive Maintenance di UiTM...










Hari ketiga projek Pencegahan Komputer Sewaan ( Computer Preventive Maintenance ) di UiTM Sabah. Kami pergi ke bilik-bilik pensyarah, bilik MPP dan juga Unit Fasiliti. Masalah yang timbul ialah masalah ketiadaan pensyarah dibilik mereka. Ada yang bercuti, sambung belajar, sudah tamat perkhidmatan, berpindah dan ada juga yang tidak diketahui kemana hilangnya mnereka ini. Apapun, kami tetap melakukan tugas yang diamanahkan dengan baik danmengikut jadual yang telah ditetapkan.

Ada beberapa PC yang bermasalah yang tidak boleh dibaiki dengan segera. Laporan telah dibuat kepada wakil EDARAN Komputer Sdn. Bhd. (Sabah) iaitu En. Pritam dan juga pihak UiTM yang berkenaan.




1 comments  

Ubahsuai kedudukan rak dan meja

Pada 16 September lepas, kami membuat sedikit perubahan kedudukan rak2 dan meja servia serta kaunter di Warisan2u.Com supaya kaunter bayaran dan kaunter servis berada dalam dalam satu baris. Kerja2 pengubahsuaian tersebuat bermula dari pukul 7am hingga 12.30pm. Semua kerja2 berjalan dengan lancar.

0 comments  

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Kami di Warisan2u.Com Enterprise ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua pelanggan beragama Islam yang dihormati serta seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T.

Semoga Ramadhan ini memberi ruang buat kita untuk menyempurnakan ibadah puasa sehingga mencapai derajat taqwa. Tidak lupa untuk bermuhasabah agar kita memperbaiki hubungan sesama insan dan mendekatkan diri dengan Khaliq pencipta semesta.

Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan!


Pengurus,
Warisan2u.Com Ent.

0 comments  

Gagah berkibar di Warisan2u.Com...

MERDEKA..! MERDEKA..! MERDEKA..!

Kami warga Warisan2u.Com Enterprise mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke-51 kepada semua pelanggan. Kami juga mengucapkan berbanyak terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. Sokongan dari anda semua amat kami hargai.

Sekian. Terima kasih.

0 comments