Tips untuk membeli laptop

Sekarang ini kita lihat banyak/pelbagai jenis laptop yang ada dipasaran. Laptop yang baru boleh dibeli dengan harga serendah RM1300. Kebanyakan para pelajar universiti ramaia yang sudah mampu memiliki laptop/notebook ini. Dengana adanya laptop, kerja2 atau asignment senang untuk diselesaikan atau dibuat tak kira dimana atau pada bila2 masa.

Tapi sebelum ada laptop tu, kena fikir juga laptop mana yang sesuai untuk dibeli dan untuk apa ia digunakan. Apabila tiba sahaja saat ingin membeli laptop, pasti ramai yang kebingungan kerana takut tersalah beli atau spesifikasi tak power atau apa sahaja yang mungkin tak kena memandangkan laptop bukanlah suatu barang yang murah. Mungkin terdapat ramai pengguna yang membeli laptop dengan spesifikasi yang paling canggih tanpa memikirkan kegunaannya. Penggunaan laptop hanya untuk memeriksa email dan membaca suratkhabar online sahaja, tetapi specifikasi laptopnya mencapai sehinggaa 3GHz processor, 1GB RAM, 120 GB Harddisk. Pasti harga bagi laptop begini begitu mahal.

Bagaimana memilih laptop yang sesuai dengan keperluan? Disini ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk rujukan anda.

Kegunaan

Tentukan duhulu kegunaannya, apakah laptop akan dipakai untuk kegunaan pejabat, kegunaan biasa dirumah (Email, News, Microsoft Office), design, gaming, blogging, pembangunan sistem, download movies dan mp3, mobile atau kesemua yang dinyatakan.

Jika laptop hanya dipakai untuk kegunaan biasa dirumah seperti email, membaca berita, melayari internet, menaip surat dsbnya, kelajuan processor, Kapasiti RAM (Random Access Memory), Harddisk dan Graphic Card (VGA Card - Video Graphics Array) tidak perlu tinggi. Spesifikasi yang sederhana sudah lebih dari mencukupi. Jika membeli laptop dengan spesifikasi yang sederhana boleh menjimatkan wang anda.

Jika laptop anda dipakai untuk tujuan design dan gaming, sebaiknya anda memilih spesifikasi laptop dengan menitikberatkan pada VGA Card dan memori yang tinggi. Jika anda ingin laptop dengan kemampuan lebih tinggi, memilih teknologi multi-core dan processor 64-bit sangat disarankan.

Laptop dengan VGA yang tinggi kekuatannya dan memori yang besar akan membuatkan design serta permainan game anda terasa lebih ‘ringan’. Card VGA sendiri berguna untuk menterjemahkan output komputer ke monitor. Sedangkan memori (RAM) merupakan satu alat penyimpan data digital sementara yang biasanya mempunyai ukuran kapasiti berdasarkan standard bit digital seperti 16MB, 32MB,64MB, 128MB, 256MB, 520MB, 1064MB dan seterusnya.

Untuk system developing, anda boleh memilih laptop dengan mempertimbangkan prosesor dan memori yang mempunyai spesifikasi tinggi agar mampu mengimbangi perkembangan developing tools. Teknologi multi-core dan processor architecture 64-bit juga disarankan.

Bagi seseorang yang bergerak kemana-mana, anda boleh menekankan pilihan pada jangka hayat bateri, berat laptop, ukuran screen serta beberapa feature internal connectivity seperti wifi, bluetooth, IrDA, NetworkCard, Modem dsbnya.

Layout

Selepas anda menentukan kegunaan laptop bagi diri anda, perkara lain yang harus dipertimbangkan sebelum membeli laptop adalah tentang saiz screen, berat laptop dan jangka hayat bateri. Jika anda sering membawa laptop kemana-mana, sebaiknya pilih laptop yang ringan, dengan ukuran screen yang tidak terlalu besar agar tidak susah membawanya.

Jangka hayat bateri juga penting. Ada sesetengah bateri laptop tidak mampu bertahan 2 hingga 3 jam tanpa disambungkan ke soket. Jadi, titikberatkan jangka hanyat bateri jika anda seorang yang ‘mobile’. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan bateri, matikan fungsi connectivity seperti Wifi atau Bluetooth kerana fungsi tersebut akan banyak menggunakan tenaga dari bateri.

Service yang disediakan dan alatganti

Ketika hendak membeli laptop, jangan lupa untuk mempertimbangkan service yang disediakan oleh syarikat pengeluar laptop tersebut seperti warranty dsbnya. Terdapat syarikat pengeluar yang menyediakan khidmat servis dan pembaikian dirumah. Mereka juga ada yang menyediakan khidmat home collection and home delivery sewaktu kita mahu membuat warranty claim. Dan satu perkara lagi, jangan memilih laptop yang alatganti-nya amat susah untuk dicari.

Dan yang paling penting sekali kita mesti pastikan latop yang kita nak beli tu ada cop kelulusan dari SIRIM kerana banyak penjual komputer yang mengambil kesempatan menjual laptop terpakai atau reject dari negara luar seperti Amarika dan China. Kebanyakan laptop ini dijual dengan harga yang murah di PC Fair.

 

0 comments: